Penganggur tak mengaku rogol dua anak kekasih

Iklan

AMPANG - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan melakukan amang seksual terhadap dua anak teman wanitanya tahun lalu.

Tertuduh Mohd Shaiful Azrul Mohammed Ullah, 40, membuat pengakuan di hadapan Hakim Suzana Hussin dan Hakim Azrul Darus.

Iklan
Iklan

Bagi prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Suzana, Mohd. Shaiful Azrul didakwa merogol seorang remaja berusia 15 tahun dan melakukan amang seksual dengan cara menyentuh bahagian adiknya.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara bulan Februari hingga pertengahan bulan April di tandas dan bilik di sebuah premis, Plaza Ampang Jaya Taman Ampang Mewah di sini.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 (akta 792).

Hukuman bagi Seksyen 376 (2)(b) memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan manakala Seksyen 14 (a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Iklan

Sementara di hadapan Hakim Azrul tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa dan melakukan amang seksual fizikal dengan cara sama terhadap mangsa berusia 15 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada penghujung November 2017 hingga April 2018 di premis yang sama.

Pertuduhan masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta Seksyen 14(a) yang memperuntukkan hukuman sama.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan sebab kesalahan yang dilakukan serius.

"Tertuduh merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa dan berpotensi mengganggu kedua-dua mangsa," kata Ai Rene.

Sementara itu tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya memohon untuk berjumpa dengan anaknya ketika diberi peluang merayu berhubung isi jaminan.

Tertuduh kemudiannya tidak dibenarkan ikat jamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Mei ini.