Semak, hati-hati dengan tawaran kerjaya luar negara

Iklan
Gambar hiasan

Rakyat Malaysia seharusnya menyemak terlebih dahulu dan berhati-hati dengan iklan peluang kerjaya menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Selain itu, mereka juga disaran untuk mendapatkan pandangan keluarga atau rakan terdekat apabila ditawarkan peluang kerjaya di luar negara menerusi platform terbabit.

Ini dapat mengelakkan rakyat negara ini menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara yang semakin menjadi-jadi.

Iklan

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat menyatakan seramai 238 warga tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara termasuk 168 orang yang masih terkandas di luar negara.

Beliau berkata, sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan.

Iklan

Katanya, hasil soal siasat mendapat mangsa diperdaya menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan bayaran yang lumayan.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu akan menghubungi ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp dan Messenger. Setelah mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan,” katanya.

Noorsiah berkata, setelah tiba di destinasi, semua dokumen perjalanan dan telefon mangsa akan dirampas dan dimusnahkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa disaran agar sentiasa memantau dan menjalankan operasi berhubung kes seperti ini.

Kerajaan juga hendaklah mengetatkan lagi undang-undang negara bagi memberi amaran kepada pihak yang menjalankan kegiatan seperti ini supaya mereka sedar bahawa tidak akan terlepas dengan tindakan yang tegas.

Jika undang-undang tidak diperketatkan, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara ini kelak.