Isu hooligan: Jatuh hukuman lebih berat

Iklan
Redzuan

MENGIKUT 'buku' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kebiasaan hukuman denda akan dikenakan ke atas pasukan tuan rumah jika berlaku insiden kekecohan membabitkan penyokong.

Bentuk hukuman itu boleh 'naik' iaitu beraksi di stadium kosong atau pasukan terbabit tidak dibenarkan bermain di gelanggang sendiri sekiranya kesalahan sama berulang.

Iklan
Iklan

Namun, melihatkan isu hooligan dalam kalangan penyokong tampak seperti tiada kesudahannya, FAM harus memikirkan solusi lebih tegas dalam mengekang kehadiran samseng bola sepak.

Bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berkata, sudah tiba masanya badan induk bola sepak itu mengenakan hukuman sewajarnya termasuk kepada penonton yang terlibat.

Iklan

"Memang selama ini apa yang kita nampak hukuman lebih kepada pasukan tuan rumah. Ini kerana pasukan tuan rumah yang bertanggungjawab dalam memastikan aspek keselamatan penonton di stadium.

"Sudah termaktub dalam peraturan FAM, pasukan tuan rumah akan dikenakan hukuman kerana mereka turut bertanggungjawab menjaga keselamatan penyokong pasukan lawan.

Iklan

Isu hooligan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) kembali hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan beberapa insiden 'panas' yang berlaku membabitkan pergaduhan penyokong.

Situasi itu nyata mencetuskan kebimbangan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air sekiranya FAM tidak mengambil langkah drastik bagi menangani isu berkenaan.

Melihatkan apa yang berlaku, beberapa pihak termasuk pemerhati bola sepak negara mencadangkan FAM mengenakan hukuman mengharamkan penonton yang terlibat daripada memasuki stadium.

Redzuan berkata, hukuman beraksi tanpa kehadiran penonton bertujuan untuk menyekat kemasukan segelintir penyokong yang hadir semata-mata hanya untuk membuat ‘kacau’ di stadium.

"Yang suka buat provokasi ini sebenarnya kecil sahaja jumlahnya berbanding majoriti penonton yang datang ke stadium memang nak tengok perlawanan bola sepak.

"Jadi sebaik-baik hukuman adalah beraksi di stadium kosong. Ia secara tidak langsung mana-mana pihak yang gemar menimbulkan kekecohan tidak dapat masuk ke stadium,” ujarnya.

Musim lalu, KL City FC dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan Melaka United pada 21 November 2021.

Ia susulan tindakan penonton KL City FC menceroboh kawasan padang ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara KL City dan Selangor FC di venue sama pada 18 November 2021.