Yemen bertambah sengsara

Iklan
Penunjuk perasaan memegang gambar wakil khas PBB, Hans Grundberg serta menuntut badan dunia menamatkan sekatan di kawasan yang dikawal pemberontak Houthi. - AFP

DUBAI - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sekatan jalan raya menjadi ‘kebimbangan besar’ di Yemen ketika negara tersebut baru melakukan gencatan senjata yang disokong badan dunia itu.

Mana tidaknya, negara yang pernah berada dalam kancah peperangan selama tujuh tahun telah menjerumuskan rakyatnya di ambang kebuluran teruk.

Iklan
Iklan

Namun, gencatan senjata disokong PBB yang berlangsung April lalu dan tamat 2 Ogos lalu akan memberi sedikit kelegaan apabila keganasan dilihat semakin berkurangan.

Negara didiami hampir 30 juta penduduk itu boleh melakukan rutin harian tanpa bimbang ditembak atau dibom kumpulan pemberontak.

Iklan

"Situasi semakin bertambah baik secara keseluruhan,” kata Timbalan Penyelarasan Kemanusiaan PBB di Yemen, Diego Zorrilla sambil memetik penurunan jumlah korban, kekerapan penghantaran bekalan api dan penyambungan semula penerbangan.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang mengalami kekurangan zat makanan yang dirakamkan di derah Abs. - AFP

Bagaimanapun, katanya, tindakan menyekat jalan raya oleh kumpulan pemberontak telah membantutkan penghantaran bantuan dan kelangsungan sumber ekonomi sehingga menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Iklan

Difahamkan, wakil khas PBB, Hans Grundberg telah berusaha mendamaikan puak berperang dengan membuka semula rundingan di Jordan, namun setakat ini kumpulan Houthi masih menentang cadangan tersebut.

"Situasi amat serius di Taez, sebuah bandar di kawasan pergunungan yang menempatkan 1.5 hingga dua juta penduduk,” tambah Zorrilla.

Bandar berkenaan pernah menjadi pusat kebudayaan, akademik dan bersejarah sebelum berlakunya peperangan.

Seorang pengembala lembu menjual ternakan di pasar Sanaa. - AFP

Kira-kira 80 peratus masih tinggal di bahagian Taez yang dikuasai kerajaan, manakala kumpulan pemberontak masih mengawal kawasan tinggi yang mempunyai air telaga.

Pembahagian itu menyebabkan kira-kira 16,000 pekerja tidak dapat berjumpa dengan keluarga dan terpaksa membeli air tangki dengan harga mahal.

"Lagipun jalan masuk ke hospital telah dihalang di Taez sehingga menyebabkan semua penghantaran bantuan terbantut,” tambahnya.

Pembukaan jalan raya adalah isu kemanusiaan, ekonomi dan pembangunan. Lebih dua pertiga daripada jumlah penduduk Yemen masih memerlukan bantuan asing.

PBB menyatakan pihaknya hanya memperoleh satu perempat daripada AS$4.3 bilion (RM19 bilion) bagi membantu lebih 17 juta penduduk Yemen tahun ini.

Penduduk Yemen menerima bantuan makanan dari NGO di wilayah Hodeida yang dilanda perang. - AFP

"Rakyat akan mati melainkan PBB menerima pembiayaan yang diperlukan,” kata Zorilla. - AFP