SHAH ALAM - Malaysia merekodkan 3,490 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import sekali gus menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 42,767.
Portal CovidNow melaporkan, 96.4 peratus atau 41,212 kes Covid-19 kini merupakan individu yang dikuarantin di rumah manakala 26 kes berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).