Ustaz, tiga warden pusat pemulihan dadah direman

Iklan
Perintah reman terhadap ustaz berusia 25 tahun dan tiga warden lelaki berusia 20, 22, dan 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Adibah Abdul Kadir bermula Sabtu sehingga Jumaat depan.

TAIPING - Seorang ustaz dan tiga warden direman selama tujuh hari berhubung kes kematian seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas disyaki dipukul, Rabu lepas.

Perintah reman terhadap ustaz berusia 25 tahun dan tiga warden lelaki berusia 20, 22, dan 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Adibah Abdul Kadir bermula Sabtu sehingga Jumaat depan.

Iklan
Iklan

Mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Taiping dengan berpakaian lokap diiringi polis pada jam 9.40 pagi.

Pada Jumaat, keempat-empat mereka telah ditahan polis selepas laporan bedah siasat mendapati, kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian dada serta otot-otot dan tisu badan akibat trauma tumpul.

Iklan

Pada hari kejadian, mangsa yang berusia 25 tahun dan baru seminggu ditempatkan di pusat pemulihan itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik tetamu pusat berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa telah cuba mencederakan seorang warden menggunakan pisau ketika mahu melarikan diri, namun berjaya ditangkap.

Iklan

Mangsa berjaya ditenangkan selepas berlaku pergelutan dengan cara warden beberapa kali menumbuk pada bahagian badan mangsa.

Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.