'Lengahkan PRU15 umpama beri senjata kepada musuh'

Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama (Gambar kecil: Kenyataan Ahmad Zahid di laman Facebook pada Sabtu.)

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan supaya menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, tindakan melengahkan PRU15 bermakna memberikan senjata kepada musuh untuk terus menyerang sekali gus melemahkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Iklan
Iklan

Beliau turut menegaskan BN dan UMNO berkemungkinan tewas sekiranya PRU15 tidak diadakan segera dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi parti.

"Dengan kata lain, mereka serang, 'spin' dan kemudian cuba cetuskan imej bahawa merekalah terbaik walaupun PH berkuasa 22 bulan membuktikan sebaliknya hingga Perdana Menteri mereka (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri meletak jawatan apabila tahu manifesto mereka tak dapat ditunaikan.

Iklan

"Pimpinan parti dan akar umbi UMNO sangat yakin inilah waktu terbaik untuk menyegerakan PRU. Sudah banyak kali sudah dijelaskan justifikasi. Apa yang penting UMNO tidak mahu pembangkang terus menggunakan bulan-bulan terakhir sebelum bubar Parlimen untuk menyerang BN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau mendakwa, pembangkang sendiri menyedari bahawa mereka tidak mampu menyaingi BN dan UMNO sekiranya PRU15 diadakan dalam waktu terdekat.

Iklan

"Kebimbangan pembangkang dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri PH terpaksa mengakui bahawa pendirian UMNO yang mahukan PRU15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

"Berdasarkan temu bual dengan The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada UMNO untuk menang besar.

"Beliau terpaksa mengakui bahawa dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia," katanya.