Guardiola lega Philips, Cole disahkan cergas

Iklan
Phillips - Foto Getty Images

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola lega apabila Kalvin Phillips dan Cole Palmer disahkan cergas untuk beraksi berdepan Newcastle United bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Ahad.

Menurut Guardiola, kedua-dua pemain itu sebelum ini dikatakan mengalami kecederaan setelah membantu kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth, awal minggu ini.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, kita masih menantikan status terkini Aymeric (Laporte) yang sebelum ini menjalani pembedahan lutut akibat kecederaan yang dialaminya.

"Apa pun, kita sudah boleh merangka percaturan tersendiri dalam usaha meraih tiga mata berharga di Saint James Park nanti," katanya.

Iklan

Kehadiran semula Phillips dan Palmer membuatkan City yang mencatatkan dua kemenangan sejak saingan EPL bermula 6 Ogos lalu berpeluang untuk melebarkan kemenangan dan sekali gus terus menerajui carta EPL.

Sementara itu, Guardiola turut mendedahkan pemain baharu City, Sergio Gomez turut berada dalam senarai pemain bagi berdepan Newcastle.

Iklan

Katanya, kehadiran Gomez, dilihat bakal membantu mengukuhkan lagi benteng pertahanan The Citizens bagi berdepan asakan-asakan The Magpies.

"Setakat ini Gomez juga telah menunjukkan prestasi yang baik pada sesi latihan dan diharapkan prestasi itu berterusan di atas padang nanti.

"Sekali gus, ia akan membantu kita untuk melebarkan rekod kemenangan kita musim ini," katanya.