Mayat lelaki ditemui terapung di Kuala Tok Bali

Iklan
Mayat lelaki berusia 30-an ditemui dalam keadaan terapung di Batu Panjang, Pantai Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh pada Khamis.

PASIR PUTEH - [DIKEMAS KINI] Mayat lelaki berusia 30-an ditemui dalam keadaan terapung di Batu Panjang, Pantai Tok Bali, Semerak di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki tempatan berdasarkan tanda suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) pada jam 11.45 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi polis telah menjumpai mayat berada dalam keadaan terapung dan tersadai di tepi batu berhampiran kuala Pantai Tok Bali.

Zaizul Rizal berkata, mayat dibawa naik ke darat dengan bantuan anggota bomba.

Iklan

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk tindakan lanjut. Hasil pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan ke atas tubuh badan mangsa.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan lemas di dalam air. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan mengesan ahli keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta untuk tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan.