OTTAWA - Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan sebanyak 1,168 kes cacar monyet dilaporkan setakat 19 Ogos, termasuk 30 kes dimasukkan ke hospital, lapor Xinhua.
Menurut PHAC, sebanyak 571 kes dilaporkan di Ontario manakala di Quebec 453 kes, British Columbia (119 kes), Alberta (19 kes), Saskatchewan (tiga kes), Yukon (dua kes) dan New Brunswick (satu kes).