Bawa air ganja dari negara jiran berdepan tindakan undang-undang

Iklan
Surina

SHAH ALAM - Warga tempatan atau individu yang dikesan membawa masuk minuman ganja dari negara jiran boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tindakan itu adalah satu kesalahan dan boleh diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan
Iklan

"Selain kerjasama dan perkongsian maklumat antarabangsa antara negeri-negeri sempadan serta Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis turut melaksanakan Op Tapis Khas bagi mengesan dan menghapuskan tempat penagihan dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Surina berkata, polis juga akan mengesan penagih tegar yang menjadi punca kepada kewujudan 'port' penagihan dadah hingga mempengaruhi remaja untuk terus terlibat dengan penagihan.

Iklan

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana kegiatan dadah.

Sebelum ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah bermula 9 Jun lalu untuk kegunaan sebagai bahan makanan atau minuman selain dihisap di rumah sendiri.

Iklan

Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan membenarkan penanaman ganja secara sah di negara itu menimbulkan kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan ketagihan dadah.