UMNO boleh menang besar jika PRU15 diadakan waktu terdekat

Iklan
Mahathir

PETALING JAYA - UMNO boleh menang besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam waktu terdekat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, pendirian UMNO yang mahukan PRU15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

Iklan
Iklan

Memetik temu bual dengan The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada UMNO untuk menang besar.

"Saya fikir mereka (UMNO) mahu mengadakan PRU tahun ini. Kalau boleh mungkin seawal dua tiga bulan dari sekarang kerana mereka merasakan ketika ini rakyat masih memandang tinggi terhadap mereka. Malah, pembangkang pula sudah berpecah belah,” katanya.

Iklan

Jelas beliau lagi, UMNO berkemungkinan akan menang besar jika PRU15 diadakan secara tergesa-gesa.

"Jadi dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata, gesaan itu dibuat setelah melihat kedudukan kerajaan yang amat rapuh dan negara berada dalam keadaan kerugian apabila tiada pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, ada juga kalangan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat kerajaan sedia ada perlu kekal hingga habis penggal PRU14, iaitu pada pertengahan tahun depan.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz tidak bersetuju jika PRU diadakan awal kerana boleh menimbulkan kucar-kacir.