Penganjuran konsert undang masalah sosial: Idris

Iklan
Idris

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan pendiriannya berhubung keperluan untuk mengadakan penganjuran konsert di dalam negara.

Beliau berkata, pelaksanaan aktiviti hiburan yang disifatkannya sebagai merosakkan itu sepatutnya tidak perlu diadakan kerana ia berpotensi mengundang masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Saya tetap tegas berpendirian bahawa penganjuran konsert yang merosakkan adalah tidak perlu. Jika hiburan tanpa batasan ini menjadi budaya, kita akan melihat pembinaan generasi yang pincang.

"Kita bukan anti hiburan namun kita tidak bersetuju dengan penganjuran konsert yang boleh mengundang masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Negara baharu sahaja dilanda wabak penyakit, yang sehingga kini belum selesai sepenuhnya. Seharusnya ia menjadi iktibar dan keinsafan kepada kita semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengecam penganjuran konsert yang banyak diadakan di dalam negara sejak akhir-akhir ini.

Iklan

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, penganjuran konsert sedemikian akan menjemput kemurkaan ALLAH.

Sejak negara mula memasuki fasa endemik, terdapat beberapa konsert utama diadakan membabitkan nama besar daripada dalam dan luar negara dengan yang terbaharu adalah penyanyi bintang elektropop dunia, Billie Eilish.