Hishammuddin ucap takziah kepada Zahida, keluarga

Iklan
Hishammuddin bersama Asyraf Wajdi ketika mengunjungi Zahida pada Sabtu.

SHAH ALAM - Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Puteri BN, Datuk Zahida Zarik Khan atas pemergian suaminya.

Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan turut berkongsi gambarnya bersama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengunjungi Zahida.

Iklan
Iklan

"Takziah Zahida dan seluruh ahli keluarga. Saya doakan semoga sabar, kuat dan tabah mendepani ujian yang amat berat serta sukar ini dan semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Pada pagi Sabtu, beberapa pemimpin UMNO menzahirkan ucapan takziah kepada Zahida atas pemergian suaminya melalui hantaran di laman sosial masing-masing.

Iklan

Zahida juga merupakan Ketua Puteri UMNO yang dilantik pada tahun 2018.

Beliau turut dilantik sebagai Ketua Puteri BN selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan tersebut pada Isnin lalu.

Iklan