Lelaki muat naik komen berbaur ugutan di Facebook ditahan

Iklan
Tangkap layar memaparkan komen dibuat suspek tular selepas dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.

SHAH ALAM - Tindakan seorang lelaki memuat naik komen berunsur ugutan terhadap Ketua Hakim Negara membawa padah apabila dia ditahan di sebuah rumah di Puchong, pada Jumaat.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di kediaman tersebut sekitar jam 11.15 malam.

Iklan
Iklan

"PDRM menerima laporan mengenai ancaman dan ugutan di media sosial terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat oleh pemilik akaun Facebook bernama Apiez Bond.

"Hasil laporan tersebut, tangkapan telah dibuat ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Puchong, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, komen yang dimuat naik suspek di sebuah halaman Facebook tular selepas tangkap layar memaparkan kenyataan berunsur ugutan bunuh itu dikongsikan semula menerusi aplikasi media sosial WhatsApp.

Dalam pada itu, Skandaguru memberitahu, pasukan serbuan turut merampas seksping kad sim dan telefon bimbit dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat naik hantaran berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, PDRM memandang serius kenyataan dibuat suspek terbabit dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial.

"Suspek direman empat hari bermula 20 hingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan berkencederungan menghasut, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya.