HARRY Kane mencipta rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila gol tandukannya membolehkan Tottenham Hotspur mengatasi Wolverhampton Wanderers 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur pada Sabtu.
Skuad kendalian Antonio Conte sebelum itu disaingi hebat barisan anak-anak buah Bruno Lage pada 45 babak pertama, kembali garang pada babak kedua.
Iklan
Iklan
Biarpun begitu, kelab London itu memerlukan jaringan minit ke-64, untuk Kane memastikan tiga mata tuan rumah selepas menterjemah cetusan Ivan Perisic untuk gol ke-185 EPL pemain berusia 29 tersebut.
Untuk rekod, jaringan kapten England itu membolehkannya mendahului jumlah gol Sergio Aguero untuk Manchester City sebelum ini.
Gol Kane itu juga merupakan gol ke-1,000 Tottenham di tempat sendiri dalam saingan EPL, sekali gus mata ketujuh The Lilywhites selepas mengharungi tiga perlawanan.