The Cats raih tiga mata

Iklan
Pemain Kuching City FC (kiri) berjaya melepasi kawalan pemain UiTM FC pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Kuching Sarawak sebentar tadi. - Foto FB Kuching City FC

SKUAD Kuching City FC meraih tiga mata berharga apabila menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan menyaksikan skuad yang terkenal dengan gelaran The Cats itu mengukuhkan cengkaman pada kedudukan keempat dengan meraih 27 mata hasil lapan kemenangan, tiga seri dan tewas empat kali daripada 15 perlawanan manakala UiTM FC terus berada di kedudukan ketujuh dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tewas 10 kali daripada 16 perlawanan setakat ini.

Iklan
Iklan

Aksi malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan bermula baik sejak wisel permulaan dengan saling mengasak ke gawang lawan masing-masing dalam usaha membuka jaringan.

Bagaimanapun, kesemua asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing hingga tamat babak pertama.

Iklan

Babak kedua menyaksikan Kuching City semakin menggandakan asakan dan hasilnya penyerang import dari Liberia, Abu Kamar membuka jaringan pada minit ke-49 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-74.

Ketinggalan dua gol menyaksikan UiTM FC tidak berputus asa untuk terus mengasak ke gawang tuan rumah dan hasilnya pemain gantian, Amir Adha Latif berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan pada minit ke-78.

Iklan

Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat UiTM FC untuk terus mengasak dalam usaha menjaringkan gol penyamaan, namun gagal menembusi benteng pertahanan Kuching City FC hingga ke wisel penamat.

Kuching City FC - Shairul Wazizi Mohammad, Aylton Ferreira Ananias, Abu Kamara, Muhammad Adam Shreen Tambi, Rames Lai Ban Huat, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Rafiezan Razali (kapten), Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Mohamad Alif Hassan, Yuki Tanigawa, Gabryel Monteiro

UiTM FC - Mohamad Ramdhan Ab Hamid, Ahmad Zafri Zakria, Mohamad Hakim Ismail, Muhamad Rafie Mat Yaacob, Muhammad Afzal Akbar, Muhamamd Izman Solehin Rohadi (kapten), Muhammad Faris Mohd Zabri, Izaaq Izhan Yuswardi, Ahmad Azriddin Rosli, Muammad Farez Aiman Marzuki, Muhammad Eizrul Ashraf Nor Effendy

Pengadil - Mohamad Kamil Zakaria Ismail