SHAH ALAM - Polis Shah Alam menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan video lama di laman sosial Twitter dan Facebook berkaitan bencana banjir di kawasan Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, penyebaran video lama bencana tersebut yang tidak mempunyai sebarang kesahihan itu boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan berkenaan.