Malaysia hasrat pertingkat kerjasama bidang TVET dengan China

Iklan
Noraini

BEIJING - Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama berterusan antara agensi kerajaan dan pemain industri dengan kerajaan China untuk meningkatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di kedua-dua negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Malaysia dan China telah lama menikmati hubungan dua hala yang harmoni dalam kerjasama di bidang pendidikan serta industri.

Iklan
Iklan

"Kerjasama antara industri di Malaysia dan China memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman kerja kepada ramai pelajar dan graduan TVET,” katanya dalam rakaman ucapan pada Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia Pertama di sini.

Persidangan secara hibrid bertemakan ‘Vocational and Technical Education Development in the Post-Pandemic Era-New Changes, New Ways and New Skills’ itu diwakili dan dihadiri secara bersemuka oleh Pemangku Pengarah Education Malaysia Beijing Jason Choy Min Sheng di Tianjin, utara China.

Iklan

Noraini berkata, institusi TVET di Malaysia telah pun memulakan pelbagai kerjasama dengan rakan kongsi dari China seperti Huawei, Kumpulan Alibaba dan ZTE.

Beliau berkata, sehingga kini, Malaysia mempunyai sejumlah 1,295 institusi yang menawarkan program TVET daripada kementerian, pusat kemahiran negeri dan pihak swasta.

Iklan

Katanya, landasan pendidikan TVET mempunyai potensi yang amat besar dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap dalam industri berkaitan bagi memenuhi objektif sosioekonomi negara.

Persidangan anjuran Kementerian Pendidikan China dan Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO itu dihadiri 500 jemputan secara fizikal serta menyaksikan penyampaian ucapan oleh 13 Menteri Pendidikan dari Argentina, Brazil, United Kingdom, Ethiopia, Mongolia, New Zealand, Pakistan, Rusia, Singapura, Switzerland dan Venezuela. - Bernama