HULU SELANGOR - Seorang peniaga menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan Taman Bahtera, Ulu Bernam di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun memaklumkan menemui bayi itu pada jam 9.30 pagi.