Usyk mula dabik dada

Iklan
Usyk (kiri) menewaskan Joshua dengan keputusan majoriti juri di King Abdullah Sports City Arena Jeddah, Arab Saudi pada Sabtu. - Foto Agensi

PETINJU Ukraine, Oleksandr Usyk mula mendabik dada apabila mencabar petinju Britain, Tyson Fury untuk keluar daripada persaraan sejurus kejayaannya menumbangkan seorang lagi petinju Britain, Anthony Joshua dengan keputusan majoriti juri, pada Sabtu.

Biarpun bekas juara dunia kelas cruiserweight itu menewaskan Joshua di London tahun lalu, namun berbeza kali ini apabila Joshua berada pada prestasi lebih baik.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Usyk tetap mampu mengalahkan lawannya itu sekali lagi hanya dalam perlawanan keempatnya di kelas heavyweight bagi mengekalkan tali pinggang WBA, WBO, IBF dan IBO di Jeddah, Arab Saudi.

Usyk yang memegang rekod tidak tewas 20-0, lantas mencabar Fury yang mengumumkan persaraannya awal bulan ini, tetapi sudah memberi isyarat bersedia untuk kembali beraksi.

Iklan

Fury yang merupakan juara WBC pada April lalu memberitahu bahawa dia sudah berjanji dengan isterinya untuk bersara, tetapi masih berminat bertarung dengan Joshua atau Usyk.

"Saya pasti Tyson Fury belum bersara lagi. Saya yakin dia mahu bertemu dengan saya.

Iklan

"Saya juga mahu melawannya. Jika saya tidak melawan Tyson Fury, saya tidak akan bertarung sama sekali," ujar Usyk.

Barisan juri memberikan mata 113-115, 115-113 dan 116-112 untuk Usyk ketika Joshua berjaya memberi saingan sengit, namun masih tidak dapat menewaskan lawannya itu.

Usyk berkata, kemenangan itu adalah hadiah untuk rakyat Ukraine yang hidup di bawah pencerobohan Rusia.

"Saya memberikan kemenangan ini kepada negara saya, keluarga saya, kepada pasukan saya dan kepada semua tentera yang mempertahankan negara," katanya kepada 12,000 penonton di King Abdullah Sports City Arena Jeddah.

Dalam pada itu, Fury turut mengulas pertarungan di antara Usyk dan Joshua yang disifatkan sebagai pertembungan teruk.

"Ia salah satu pertarungan heavyweight paling teruk pernah saya lihat.

"Saya mampu membelasah kedua-duanya dalam satu malam. Gypsy King kekal selamanya," catat Fury di media sosial.