Mangsa lemas ditemui terapung

Iklan
Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama rakannya di Pantai Tanjung Manis Gertak Sanggul ditemukan terapung di perairan Tanjung Asam di sini pada Ahad.

BAYAN LEPAS - Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di Pantai Tanjung Manis Gertak Sanggul ditemukan terapung di perairan Tanjung Asam di sini pada Ahad.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang (Maritim Malaysia), Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat, S Thanaseelan ditemui oleh kumpulan nelayan sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat lelaki terbabit dibawa oleh bot Jabatan Bomba dan Penyelamat ke Pantai Tanjung Asam untuk proses pengecaman.

"Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin Batu Uban, Jabatan Bomba dan Penyelamat Balik Pulau termasuk unit Penyelamat di Air (PPDA), Agensi Pertahanan Awam dan Unit Nelayan Teluk Kumbar yang turut serta membantu dalam operasi mencari mangsa sejak petang Sabtu," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama enam rakannya di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar di sini pada Sabtu.

Mangsa, S Thanaseelan, 20, dari Padang Tembak, Air Itam di sini disedari tidak naik ke pantai pada jam 2.30 petang.

Iklan