Tembok pagar rumah runtuh

Iklan
1-(2)

KOTA TINGGI - Bersatu Bahagian Tenggara berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah segera susulan runtuhan tembok pagar yang berlaku melibatkan dua rumah peneroka di Felda Linggiu di sini.

Ketuanya, Hassan Rashid berkata, kejadian pada Khamis lalu itu berlaku selepas tembok pagar sebuah rumah runtuh ekoran hujan lebat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kini kesemua mangsa dari dua rumah berkenaan ditempatkan di balai raya buat sementara waktu.

"Semua pihak berkenaan telah pun turun ke lokasi kejadian. Dianggarkan kira-kira RM200,000 kos diperlukan selepas melihat keadaan di kedua-dua rumah.

Iklan

"Jadi buat sementara ini mereka terpaksa tinggal di balai raya sementara keadaan pulih. Kita juga harap pihak berkenaan dapat menutup kawasan runtuhan dengan kanvas agar keadaan tidak menjadi lebih teruk," katanya kepada Sinar Harian.

ghj

Dalam pada itu, Hassan turut mencadangkan kepada pihak Felda agar memberi penempatan sementara iaitu rumah kakitangan Felda yang kosong kepada mangsa untuk didiami.

Iklan

Katanya, ia berikutan mangsa terdiri daripada empat keluarga dan mendatangkan ketidakselesaan jika terus menetap di balai raya.

"Kita jangka mungkin akan ambil masa sementara hendak tunggu baik pulih selesai. Jadi kita cadangkan agar pihak Felda memberi izin mereka tinggal di rumah kakitangan yang kosong buat sementara waktu," katanya.