Husam buat lawatan mengejut

Iklan
Husam ketika melawat pusat kejenteraan.

KOTA BHARU - Selepas sehari dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa, membuat lawatan mengejut ke Pusat Kejenteraan Ladang Melor dan Pusat Latihan Melor.

Husam juga bersama kakitangan KADA turut melawat rumah Pam Kemubu yang sebelum ini telah ditutup selama dua minggu.

Iklan
Iklan

Husam berkata, rumah pam Kemubu tersebut terpaksa ditutup kerana bacaan air berada di bawah paras 2.9 meter dan pada Selasa lalu berada di paras terus 3.5 meter dan pam boleh beroperasi.

"Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT dengan limpah kurnia-Nya air telah naik dan saya mengajak rakyat supaya bersyukur ke hadrat Ilahi. Semoga segala kesusahan yang di alami sekarang tidak berpanjangan,” katanya.

Iklan
Husam (dua kanan) ketika melawat ke rumah Pam Kemubu.

Tambah beliau, sistem saliran air dan industri padi beras akan ditambah baik dan segala hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelantan didokong sepenuhnya oleh KADA untuk merealisasikan"our food our future” bagi memastikan memperkasa program Food Security di negara ini.

"Pengembelingan tenaga, idea dan kepakaran dari semua pihak diperlukan bagi menjayakan usaha ini,” katanya.

Iklan

Pada 2 April lalu, Pengerusi PH Kelantan itu sah dilantik sebagai Pengerusi KADA berkuatkuasa 1 Mac 2019.

ARTIKEL BERKAITAN Husam dilantik Pengerusi Kada baharu