Ada kalanya kita keseorangan: Najib

Iklan
Gambar dimuat naik Najib di laman Facebooknya menunjukkan beliau sedang mengambil wuduk di masjid.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan bahawa beliau berasa keseorangan selain sedih dengan fitnah dan penganiayaan yang menimpa dirinya.

Najib berkata, perjalanan hidup setiap insan adalah berbeza antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.

"Dengan fitnah dan penganiayaan, dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan,” katanya dalam catatan di laman Facebook pada Ahad.

Iklan
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya.

Najib turut meluahkan keikhlasannya selama ini dibalas dengan pengkhianatan.

"Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan.

Iklan

"Ada kalanya kita merasa kita... keseorangan,” ujarnya.

Pada Selasa ini, rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas Perdana Menteri itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Jumaat bahawa beliau tidak akan membuat sebarang hujahan dalam prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana tersebut.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan bahawa pihak pembelaan mempunyai tiga hari untuk membuat persediaan bagi hujahan.