Taktik ubah suai tangki, seludup diesel tumpas

Iklan
Taktik penyeludup mengubahsuai tangki serta membuat pembelian minyak diesel dari stesen ke stesen berjaya dihidu oleh pihak berkuasa pada Sabtu.

TUMPAT - Taktik penyeludup mengubahsuai tangki serta membuat pembelian minyak diesel dari stesen ke stesen berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa pada Sabtu.

Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semasa Operasi Bersepadu yang turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa itu telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sedang membuat pengisian minyak dari satu stesen ke stesen secara berterusan.

Iklan
Iklan

"Kami telah bertindak membuat serbuan pada jam 12.30 tengah hari di sebuah stesen minyak di Chabang Empat Tok Mek Ngah.

Beliau berkata, minyak diesel tersebut dipercayai akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram.

Iklan

Menurutnya, seorang lelaki turut ditahan dan kes tersebut akan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki memiliki barang kawalan tanpa lesen dengan niat melakukan kesalahan.

Aswadi berkata, siasatan lanjut akan dijalankan ke atas pemilik asal kenderaan dan punca barang kawalan yang diperolehi.

Iklan

Beliau berkata, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.

"Kerjasama bersepadu bersama agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa giat dijalankan dari masa ke masa bagi membanteras kegiatan tersebut," jelasnya.