Gol lapan saat Mbappe

Iklan
Mbappe beraksi garang apabila meledak hatrik selain mencetak gol sepantas lapan saat ketika membantu PSG menewaskan Lille 7-1 dalam saingan Ligue 1 pada Ahad. - Foto Sporting News

BINTANG sensasi, Kylian Mbappe mempamerkan sentuhan memukau apabila meledak gol sepantas lapan saat ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) membenam Lille 7-1dalam saingan Ligue 1 pada Ahad.

Jaringan itu hampir menyamai gol pantas Michel Rio buat Caen ketika bertemu Cannes pada 15 Februari 1992 sepantas 7.9 saat, berbanding Mbappe 8.3 saat.

Iklan
Iklan

Ketajaman Mbappe tidak terhenti di minit pertama, malah turut menggegar gawang lawan pada minit ke-66 dan 87.

Mbappe menyamai rekod berusia 30 tahun apabila dia menerima hantaran daripada Lionel Messi dan mengejutkan penjaga gol Lille, Leo Jardim untuk menjaringkan gol liga keduanya musim ini.

Iklan

Liga tersebut turut mencatat rekod baharu apabila 11 kad merah dilayangkan sepanjang minggu itu.

Messi dan Achraf Hakimi turut mencatat nama selaku penjaring masing-masing dengan satu gol.

Iklan

Neymar pula meledak dua gol, sebelum rehat pada minit ke-43 dan pada babak kedua pada minit ke-52.

Gol saguhati Lille pula dihasilkan menerusi sentuhan Jonathan Bamba pada minit ke-54.

Perlawanan berkenaan mengakhiri hujung minggu yang dipenuhi kad merah selepas pengadil bertindak lebih tegas.

Selepas Vanderson dari Monaco dan Samuel Gigot dari Marseille dilayangkan kad merah pada Sabtu, sembilan lagi kad merah dilayangkan semalam - rekod tertinggi untuk satu pusingan Ligue 1 sejak 30 tahun lalu.