Pas Pulau Pinang mahu satu lawan satu pada PRU15

Iklan
Pas Pulau Pinang minta semua pihak mengetepikan kepentingan peribadi dalam PRU15 dan memastikan undi Melayu-Islam dapat disatukan. (Gambar hiasan)

GEORGETOWN - Pas Pulau Pinang memfokuskan agenda penyatuan ummah dan berusaha memastikan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Abdul Razib Abdul Rahim berkata, umum mengetahui Pulau Pinang merupakan nadi utama PH-DAP dan agenda penyatuan ummah parti-parti Melayu lebih penting di negeri ini bagi mengekang kemenangan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertembungan parti-parti Melayu di Pulau Pinang akan merugikan politik Melayu-Islam.

"Justeru, satu lawan satu harus dijadikan agenda utama di Pulau Pinang dalam PRU15 kali ini.

Iklan

"Islam menyatukan ummah merupakan slogan yang wajar digalas dan didokong oleh semua penyokong serta pendukung Pas agar usaha menyatukan parti-parti politik Melayu dapat dijayakan selari dengan syariat dan dasar parti," katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Abdul Razib berkata, penyatuan ummah penting serta memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat agar pemerintahan DAP di Pulau Pinang dapat digoyahkan dan kepentingan Melayu-Islam di sini tidak dinafi dan dianaktirikan.

Iklan

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas Pulau Pinang meminta semua pihak mengetepikan kepentingan peribadi dalam PRU15 dan memastikan undi Melayu-Islam dapat disatukan demi kesejahteraan serta keharmonian rakyat.