HTAR cari waris empat mayat tidak dituntut

Iklan
Hospital Tengku Ampuan Rahimah

KLANG – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mencari waris kepada empat mayat lelaki yang tidak dituntut di Jabatan Forensik hospital itu yang meninggal dunia, sejak Januari lalu.

Pengarah HTAR, Dr Mohamad Sabri Othman berkata, mayat dikenali Abdul Kadir, 49, meninggal dunia pada 14 Januari sehari selepas dimasukkan ke hospital.

Iklan
Iklan

"Pihak HTAR tidak dapat mengesan waris berikutan tiada maklumat lengkap mengenai mayat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, dua lagi mayat keturunan India dan satu mayat keturunan Cina juga tidak dituntut waris sehingga kini.

Iklan

"M. M Vasuthevan, 50, beralamat di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam meninggal dunia pada 14 Januari lalu.

"Manakala KP. Mahendran, 41, beralamat di Batu 13,Simpang Empat meninggal dunia pada 27 Februari lalu selepas dimasukkan ke HTAR pada 8 Februari.

Iklan

"Mayat Yong Tion Leng, 42, beralamat di Jalan Keria, Taman Telok Gadong, Pelabuhan Klang yang meninggal pada 14 Februari lalu juga masih tidak dituntut waris,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung anggota keluarga atau waris lelaki terbabit boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam HTAR di talian 03-33757000 (sambungan 1267).