PRU15: STAR tanding guna logo GRS

Iklan
Jeffrey ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar di Dewan Datuk Guandee, di Sokid Villa, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata parti itu akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau bagaimanapun sehingga kini masih merahsiakan berapa kerusi yang akan menjadi sasaran STAR dan perbincangan mengenainya juga belum lagi dikongsikan kepada umum.

Iklan
Iklan

"Jangan dulu cakap mengenai kerusi. (sasaran kerusi) itu rahsia sekarang," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya berhubung logo yang akan digunakan STAR serta kerusi yang akan dipertandingkan parti itu pada PRU15.

Beliau sebelum itu merasmikan majlis penutupan forum Sempena Hari Orang Asal Sedunia di Dewan Datuk Guandee, Sokid Villa, di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Jeffrey yang juga Timbalan Pengerusi GRS dalam pada itu turut berharap jika PRU disegerakan ia akan memberi kelebihan kepada GRS sendiri.