Cadang penetapan dua harga bagi minyak masak

Iklan
Rosol (tengah) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ke-67 ASEAN Working Group On Intellectual Property Cooperation (AWGIPC) hari ini. Foto Bernama

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk melaksanakan penetapan dua harga bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, bagaimanapun, pelaksanaan langkah itu belum dapat diputuskan dan perlu dibawa ke Kabinet dalam tempoh satu atau dua minggu lagi untuk penelitian lanjut.

Iklan
Iklan

"Kita berharap penetapan harga ini akan dapat dilaksanakan untuk meringankan beban negara khususnya melibatkan minyak masak bersubsidi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ke-67 Kumpulan Kerja Mengenai Kerjasama Harta Intelek ASEAN (AWGIPC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan penetapan harga maksimum minyak masak botol di negara ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Rosol berkata, di peringkat awal, ambang bagi minyak masak domestik dan eksport di bawah penetapan harga dua peringkat itu telah dibincangkan tetapi perinciannya belum dapat didedahkan.

Pada Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sedang mencari alternatif termasuk penetapan dua harga bagi kegunaan minyak masak domestik dan eksport bagi memastikan agihan subsidi minyak masak sampai kepada golongan sasar. - Bernama

Iklan