PENYANYI baharu, Hashmitha Selvam, 20, mengakui masih sukar untuk tidur malam gara-gara perkara mistik yang berlaku sewaktu program MeleTop berlangsung, baru-baru ini.
"Selepas kejadian di program MeleTop, bila tiba malam sahaja kalau saya nak tidur dan lelapkan mata mesti terasa seperti ada yang lalu.
Iklan
Iklan
"Sampaikan saya berselubung dalam selimut sebab takut," ujar Hashmitha yang turut menafikan ia adalah gimik untuk mempopularkan dirinya.
Hashmitha ditemui pada sidang media memperkenalkan artis baharu di bawah syarikat rakaman Datu Entertainment di Hotel Royal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Terdahulu, single pertama muzik video penyanyi Hashmitha berjudul Takkan Kembali sejak dilancarkan pada 15 Mac lalu dikatakan berhantu kerana ada bisikkan suara misteri dan sehingga kini menjadi bualan orang ramai.