Terbuka Punch penghormatan kepada legenda badminton negara

Iklan
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bersama pemain MSSWPKL ketika Majlis Pelancaran Jejak Juara di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka pada Isnin.Turut hadir Jahaberdeen dan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Zainudin Mohamad. - Foto Bernama

PERSATUAN Badminton Kuala Lumpur (KLBA) merancang menganjurkan kejohanan remaja antarabangsa dikenali Terbuka Punch pada September tahun depan.

Presiden KLBA Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, kejohanan dianjurkan sebagai penghormatan kepada legenda badminton negara mendiang Datuk Punch Gunalan bagi mengenang usahanya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Sudah lama kami rancang anjurkan kejohanan ini sejak empat hingga lima tahun lepas, pastinya kami akan bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjayakan pertandingan ini," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Projek Jejak Juara oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, pada Isnin.

Jahaberdeen yang juga Timbalan Presiden II BAM berkata, kejohanan itu akan terbahagi kepada tiga tahap iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.

Iklan

Sebelum kemunculan beberapa nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek, Datuk Misbun Sidek serta Koo Kien Keat, Gunalan merupakan antara pemain badminton paling menonjol dalam acara perseorangan dan beregu di negara ini.

Beliau mula mencipta nama pada 1960-an apabila menyumbang beberapa butir pingat untuk negara pada kejohanan badminton antarabangsa.

Iklan

Sumbangan terbesar beliau ialah muncul juara pada kejohanan badminton berprestij seluruh England dalam acara beregu lelaki bersama Ng Boon Bee pada tahun 1971, selain mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama Sukan Komanwel untuk Malaysia di Edinburgh, Scotland, bersama pasangan sama pada 1970.

Selepas berhenti bermain, Gunalan bergiat aktif sebagai jurulatih kebangsaan dan berjaya membimbing skuad negara merangkul kejuaraan pada Kejohanan Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1992. - Bernama