AUSTIN - Seorang pemandu trak terselamat apabila dia berjaya melompat keluar dari kenderaannya itu yang terbalik berulang kali sebelum ia terjatuh dari sebuah jejambat di Pasadena, Texas baru-baru ini.
Satu rakaman video menunjukkan trak tersebut terjatuh dari jejambat itu selepas ia bertembung dengan kenderaan lain.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, tiada kecederaan besar berlaku akibat kejadian itu, menurut pihak berkuasa.
Kejadian terbabit berlaku ketika hujan di lebuh raya tersebut.
Menurut seorang pegawai pihak berkuasa, tidak jelas sama ada pemandu tersebut sengaja melompat dari trak atau terkeluar dari tempat pemandu ketika ia mula bergolek di atas lebuh raya.
Video itu dirakamkan menerusi video pada papan pemuka sebuah kenderaan milik Prisco Saldivar ketika dia memandu d lebuh raya tersebut.
Menurutnya, kejadian itu seolah-olah seperti dalam adengan filem, katanya. - Agensi