Kes cacar monyet di Colombia meningkat 273

Iklan
Kes cacar monyet di Colombia meningkat kepada 273, dengan kebanyakan kes (227) dikesan di ibu negara Bogota. Foto 123RF

COLOMBIA - Kes cacar monyet di Colombia meningkat kepada 273, dengan kebanyakan kes (227) dikesan di ibu negara Bogota, menurut Institut Kesihatan Negara (INS) Isnin, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa Colombia telah menjalankan kajian terhadap 699 kes yang disyaki cacar monyet, 242 kes disahkan bebas jangkitan itu, manakala 184 kes masih dipantau, menurut agensi itu.

Iklan
Iklan

Pengarah INS, Martha Ospina, menyeru masyarakat untuk mengambil langkah sewajarnya bagi membendung wabak itu.

"Kita berdepan ancaman yang sama sekali berbeza daripada pandemik Covid-19, tetapi kita tetap berusaha menangani wabak itu dengan kerjasama semua pihak," kata Ospina.

Iklan

Pada 26 Julai, Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia meningkatkan tahap risiko cacar monyet daripada sederhana kepada tinggi, bagi melaksanakan langkah lebih tegas membendung wabak berkenaan. - Bernama

Iklan