Boleh gantung gambar Agong, Permaisuri

Iklan
Surat pindaan yang difaks ke Pejabat Sinar Harian Kelantan petang tadi.

KOTA BHARU - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menghantar notis pindaan arahan penggantungan gambar rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.

Berdasarkan notis terbaharu itu, terdapat dua pertambahan gambar yang dibenarkan digantung iaitu Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong.

Iklan
Iklan

Surat bertarikh 4 April 2019 yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin berkenaan diterima pejabat Sinar Harian Edisi Kelantan petang ini.

Berikutan surat berkenaan, terkini enam gambar termasuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra, Sultan Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dibenarkan dipamerkan.

Iklan

"Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut dan Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2019 adalah dipinda sebagaimana berikut.

"Hanya gambar-gambar yang sebagaimana tersenarai di atas hendaklah dipamerkan di semua premis kerajaan negeri dan persekutuan di Kelantan,” kata surat tersebut.

Iklan

Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkaitan notis bertarikh 1 April 2019 menyatakan hanya empat gambar rasmi yang dibenarkan digantung pada pejabat kerajaan.

Gambar yang diizinkan sebelum ini ialah, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra, Sultan Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.