SHAH ALAM - Kesemua Ahli Parlimen Bersatu sebulat suara menyatakan sokongan teguh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.
Ketua Penerangannya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara tersebut dinyatakan dalam sesi perbincangan khas Dr Mahathir bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada parti itu.
Iklan
Iklan
"Pada sesi pertemuan itu, beliau telah menjelaskan secara mendalam berhubung hala tuju perjuangan parti yang perlu difahami dan dihayati oleh kesemua Ahli Parlimen Bersatu.
"Dr Mahathir juga menjelaskan perjuangan untuk mempertahankan perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan istimewa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan serta kedudukan Raja-Raja Melayu yang merupakan antara matlamat utama perjuangan parti," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Pengerusi Bersatu itu turut menekankan segala usaha dan inisitif yang diambil PH semenjak menerajui negara adalah demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.
"Ini termasuklah memlihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum di negara ini," katanya.
Artikel Berkaitan