Semangat Nelayan di Musim Tengkujuh

Iklan
Meskipun keadaan cuaca tidak menentu tidak mematahkan semangat seorang nelayan pantai untuk pergi ke laut demi mencari rezeki semasa tinjauan dekat Pantai Seberang Takir hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan sehingga 2 petang ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.