Penunggang motosikal maut nahas tiga lori

Iklan
Mangsa yang mengalami kecederaan di keseluruhan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 206.70 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Selasa.

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga lori di Kilometer 206.70 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, peniaga burger, Rosli Yaakob, 39, yang mengalami kecederaan di keseluruhan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kesemua kenderaan terlibat dari arah Utara dan kemalangan berlaku di lorong kiri apabila lori pertama yang membawa muatan barangan kurier memperlahankan kenderaan dengan menyalakan lampu kecemasan kerana terdapat pembinaan jalan di lorong paling kanan.

Menurutnya, lori kedua dalam perjalanan ke Melaka yang membawa sangkar ayam dari arah yang sama turut memperlahankan kenderaan dengan menyalakan lampu kecemasan, namun datang lori ketiga yang terus melanggar belakangnya.

Iklan

"Setelah pelanggaran itu, lori yang membawa sangkar ayam tersebut menggelongsor ke depan sebelum melanggar belakang lori yang membawa muatan barangan kurier, manakala lori ketiga itu terhenti tanpa sebarang lampu di lorong paling kiri selain pemandunya tersepit dalam kenderaan.

"Dan datang motor berwarna merah jenis Benelli ditunggangi mangsa melanggar kelindan warga Bangladesh berumur 39 tahun tersebut seterusnya melanggar belakang lori ketiga itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, pemandu lori ketiga berumur 29 tahun dan kelindan yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, manakala dua lagi pemandu lori tiada sebarang kecederaan.

"Mayat penunggang motosikal itu telah dibawa ke Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987," katanya.