Tun M tak kompromi pihak lari bayar cukai

Iklan
Shahidan dan Nazri

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang lari daripada membayar cukai.

Perkara itu dikongsi bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sewaktu beliau berkhidmat di bawah pimpinan Dr Mahathir pada bulan Mac 1993.

Iklan
Iklan

"Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir. Masa mula-mula saya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada 1993, soalan pertama yang diajukan Dr Mahathir adalah, adakah saya membayar cukai?

"Jadi ini bukan perkara baharu di mana Dr Mahathir sangat prihatin dengan soal pembayaran cukai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Katanya, apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir itu sangat penting kerana melalui cukai tersebut, rakyat dapat dibantu menerusi dana kerajaan.

"Bayar cukai perkara wajib untuk bantu rakyat menerusi dana kerajaan. Kalau kita berkhidmat untuk rakyat, sumbangan untuk rakyat kita jangan abaikan,” katanya.

Iklan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menyokong gesaan Dr Mahathir di mana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengejar sesiapa yang gagal membayar cukai termasuk menteri dan bekas menteri.

"Saya menyokong Dr Mahathir. LHDN perlu kejar pesalah yang lari cukai,” katanya.