BN belum bincang pasal calon

Iklan
Mohamad (kiri) bertemu dengan pimpinan BN Perak semasa Sesi Libat Urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak pada Selasa.

IPOH - Barisan Nasional (BN) masih belum membincangkan mengenai pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keutamaan ketika ini adalah melihat tahap kesiapsiagaan jentera pilihan raya BN negeri-negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas selesai turun kesemua negeri, barulah soal calon dan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen diputuskan.

"Saya kata tunggu dulu, kita belum sampai ke tahap itu. Kita cakap persiapan dulu. Ini hari-hari jumpa saya, mentang-mentanglah saya pengarah pilihan raya tapi pasal calon ini kita ada jawatankuasa kita, presiden jadi pengerusi. Kita akan nilai calon," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Sesi Libat Urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, soal calon hanya akan diputuskan setelah pihak jawatankuasa pilihan raya berpuas hati dengan kesiapsiagaan jentera

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, sehingga kini 11 negeri telah selesai dilawati dan akan ke Pahang pada Isnin depan, sebelum ke Sabah.

Iklan

"Dah selesai nanti, apabila saya bentangkan kepada parti, kita bersedia, barulah kita tengok calon dan kemudian kita bahagikan kerusi-kerusi dengan parti-parti komponen.

"Kalau kita letak siapa pun, tapi jentera itu kuat, kukuh, kita boleh menang,” katanya.