PUTRAJAYA - Tiada kelibat pegawai atau kenderaan Jabatan Penjara Malaysia di sekitar kawasan bangunan Istana Kehakiman di sini pada Selasa.
Sebelum itu, seorang individu membuat hantaran menerusi laman Twitter menyatakan pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia berada di Istana Kehakiman.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian mendapati tidak berlaku situasi sebagaimana yang didakwa individu berkenaan.
Hantaran yang dimuat naik oleh individu terbabit kemudian dipadamkan.
Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan dijangka membuat keputusan berkaitan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International.