SIBU - Seramai 171 penghuni rumah panjang (Rh) di Km 58, Jalan Sibu-Selangau, tinggal sehelai sepinggang selepas Rh Jugan yang didiami mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dengan dibantu pasukan dari BBP Sungai Merah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi.