Saya minta maaf: Najib

Iklan
Najib keluar dari Kompleks Mahkamah untuk bertemu para penyokongnya yang setia menunggu di luar selepas mahkamah berehat seketika. -Foto Bernama

PUTRAJAYA -"Saya minta maaf, saya telah berusaha sedaya upaya," kata Datuk Seri Najib Razak di hadapan penyokongnya di pekarangan Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.

Ujar bekas Perdana Menteri itu, perjuangan mesti diteruskan sehingga kemenangan berpihak kepadanya.

Iklan
Iklan

"Sekarang ni kita tunggu lah apa-apa keputusan, kalau buruk, saya minta maaflah," katanya pada Selasa.

Sementara itu, pihak keselamatan terus memperketatkan kawalan di dalam dan luar mahkamah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Iklan
Iklan

Najib,69, membuat rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.