Anifah mohon pinda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan ditangguh

Iklan
Anifah

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman meminta cadangan pemindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu, ditangguh ke persidangan Parlimen akan datang.

Katanya, cadangan itu diusulkan supaya sebarang keputusan dibuat harus melibatkan semua pihak berkepentingan.

Iklan
Iklan

"Khususnya, draf Rang Undang-Undang (RUU) pemindaan harus didebatkan di Dewan Undangan Negeri di Sabah dan Sarawak sebelum meluluskan kandungan draf pemindaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan PH menunaikan janji pilihan rayanya untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sama rata dengan Semenanjung apabila membentangkan RUU untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut Anifah berkata, perkara ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana perlu diberikan perhatian dan kajian sewajarnya sebelum pindaan dibuat.

"Kita seharusnya menyemak serta memahami kesemua syarat pindaan sebelum dibentangkan dalam Parlimen," tegasnya.

Iklan