Pertarungan bersejarah Usyk, Fury pada Disember

Iklan
Gambar dari kiri: Oleksandr Usyk, Tyson Fury

PERTARUNGAN bersejarah bagi merebut gelaran tinju heavyweight dunia antara petinju Britain, Tyson Fury dan petinju Ukraine, Oleksandr Usyk akan diadakan hujung tahun ini, kata promoter, Frank Warren pada Selasa.

Usyk mempertahankan gelaran WBA, WBO dan IBF selepas menewaskan petinju Britain, Anthony Joshua dalam satu pertarungan di Jeddah, Arab Saudi Sabtu lalu sekali gus membuka ruang untuk menentang Fury yang juga juara WBC.

Iklan
Iklan

Fury, 34, yang digelar Gypsy King sebelum ini mengumumkan untuk bersara, tetapi selepas pertarungan di Arab Saudi itu, dia memberitahu Usyk:"Keluarkan buku cek kamu.

"Sejak Lennox Lewis menewaskan Evander Holyfield, tiada petinju yang menguasai kategori heavyweight, tetapi perbincangan diadakan dengan kemungkinan pertarungan diadakan pada Disember.

Iklan

"Saya rasa ia adalah pertarungan yang perlu diadakan kerana kedua-dua pasukan mahu melihat ia berlaku," ujar Warren yang juga promoter bersama bagi Fury kepada BBC Radio 5 Live.

Pada pertembungan Sabtu lalu, Usyk menewaskan Joshua dengan keputusan majoriti juri.

Iklan

Barisan juri memberikan mata 113-115, 115-113 dan 116-112 untuk Usyk ketika Joshua berjaya memberi saingan sengit, namun masih tidak dapat menewaskan lawannya itu.

"Selepas pertarungan Sabtu lalu, Usyk berkata, dia hanya berminat satu lagi pertarungan dan situasi sama dihadapi Tyson (Fury).

"Persoalan sekarang adalah di mana untuk menghasilkan pendapatan paling lumayan kerana ia adalah pertarungan unik, bersejarah dan seluruh dunia menunggu pertarungan ini," ujar Warren.

Usyk menghadiahkan kemenangan yang diraihnya itu untuk rakyat Ukraine yang hidup di bawah pencerobohan Rusia.

Dia yang akan pulang ke Ukraine selepas menewaskan Joshua menegaskan,"Jika tidak bertarung dengan Tyson Fury, saya tidak akan bertinju lagi."