Kelantan FC mesti menang baki dua perlawanan

Iklan
Pemain Kelantan Mohamad Ikhwan Yazek (kiri) dihalang pemain pasukan Terengganu FC II Muhammad Safwan Mazlan dalam aksi perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada Ahad.

KETUA Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya menegaskan pasukannya tidak mempunyai pilihan lain, iaitu mesti menang pada baki dua perlawanan Liga Premier sekiranya mahu menjadi juara liga itu pada musim ini.

Beliau berkata, kejayaan itu juga secara tidak langsung akan melayakkan The Red Warriors untuk bersaing dalam Liga Super pada tahun depan.

Iklan
Iklan

"Kita tidak boleh kalah atau seri dalam dua perlawanan selepas ini kerana Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sedang mengekori rapat di belakang kita dengan perbezaan tiga mata. Malah, pasukan itu juga mempunyai tiga lagi baki perlawanan berbanding Kelantan United yang hanya ada dua baki perlawanan sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Mengulas lanjut, Rezal Zambery berkata, peluang itu masih terbuka tetapi pemainnya perlu terus kekal fokus dan bekerja keras untuk memenangi setiap baki perlawanan yang ada.

Iklan
"Saya mengharapkan dalam tempoh masa yang ada ini, isu kecederaan pemain dapat dikurangkan dan pemain mampu pulih sebelum perlawanan menentang Selanggor FC II pada 4 September dan Kelantan United, 17 September depan.

"JDT II boleh muncul juara Liga Premier musim ini sekiranya pasukan kita gagal mempamerkan aksi cemerlang," katanya.

Kelantan FC masih kekal berada di puncak takhta liga dengan mengumpul 36 mata diikuti JDT II di tangga kedua dengan 33 mata.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Rezal Zambery berkata, masa rehat selama hampir dua minggu sebelum bertemu Selanggor FC II di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dapat digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kelemahan pasukan.- Bernama.