Tarif elektrik di beberapa negara Eropah meningkat

Iklan
Gambar hiasan 123RF.

MOSCOW - Kadar tarif elektrik yang diunjurkan di beberapa negara Eropah meningkat lebih €600 (AS$597) bagi setiap megawatt per jam (kWj), menurut data Nord Pool pada Isnin, lapor Sputnik.

Setakat Selasa, unjuran tarif elektrik ialah €615.75 bagi setiap kWj di Austria, €611.85 di Perancis, €603.55 di Belanda dan €603.38 di Belgium.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, tarif elektrik di Belanda ialah sekitar €558.23 dan €564.66 di Austria.

Sementara itu €398.20 dikenakan bagi setiap kWj di Perancis setakat Ahad.

Iklan

Kadar tarif elektrik di Latvia dan Lithuania pernah mencecah €800 kWj untuk satu hari pada Ogos dan telah menurun sejak itu, dengan unjuran sekitar €540 kWj setakat Selasa.

Nord Pool memaklumkan bahawa kadar tarif elektrik adalah berdasarkan caj semasa dan tidak termasuk cukai dan yuran. - Bernama.

Iklan