Keputusan mahkamah kemenangan untuk sistem demokrasi

Iklan
Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd merupakan kemenangan untuk sistem demokrasi negara.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan tersebut merupakan amaran kepada semua pemimpin politik supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa dan mandat rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Iklan
Iklan

"Hari ini merupakan hari kemenangan untuk rakyat Malaysia yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018.

"Satu permulaan baru untuk Malaysia,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan berkata, keputusan berkenaan telah membuktikan bahawa undian rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 itu bukan lagi sia-sia.

"Ingat hari ini. Ingat bahawa jika anda tidak mengundi untuk perubahan, kita tidak akan berada di sini hari ini.

Iklan

"Ingat, undian anda pada tahun 2018 bukanlah sia-sia. Terima kasih rakyat Malaysia,” ujarnya dalam ciapan di Twitternya pada Selasa.