Mayat pemancing dibaham buaya ditemui

Iklan
Gambar hiasan 123RF.

SEMPORNA - Mayat Azman Tugau, lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat sini Ahad lepas ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 5 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mayat Azman, 35, ditemukan berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu.

Iklan
Iklan

"Pada pukul 5.30 petang tadi Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Semporna bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan," katanya.

Ahad lepas, Azman bersama sepupunya dilaporkan sedang memancing di pinggir sungai berkenaan sebelum dia dibaham buaya pada kira-kira 3 petang.

Iklan

Sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada polis. - Bernama.

Iklan